Penduduk tidak dibenarkan keluar dari Jakarta

Temubual Al Jazeera bersama salah seorang pekerja yang terkesan.
Temubual Al Jazeera bersama salah seorang pekerja yang terkesan.
A
A
A

JAKARTA - Pekerja di Jakarta tidak dibenarkan pulang ke kampung masing-masing bagi mengelak penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut Al-Jazeera, penduduk di Jakarta juga memberitahu bahawa mereka tidak lagi mampu untuk tinggal di kota-kota besar Indonesia.

Setiap tahun pada bulan Ramadan, lebih dari 20 juta pekerja akan meninggalkan ibu kota Indonesia iaitu Jakarta dan pulang ke kampung halaman sebelum cuti hari raya.

Namun penularan Covid-19 di negara itu telah mengubah tradisi berkenaan dan kini pihak berkuasa Indonesia melarang hampir semua pergerakan keluar masuk negara tersebut.

Kini ramai yang berkata mereka tidak mampu lagi untuk tinggal di kota-kota besar Indonesia.

Indonesia sehingga hari ini mencatatkan sebanyak 8,211 kes Covid-19 dengan 1,002 jumlah sembuh dan 689 kematian.

Artikel Berkaitan: