Kes pulih hampir dua kali ganda kes positif baharu

Dr Noor Hisham (kanan) pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan. -Foto Bernama
Dr Noor Hisham (kanan) pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah hampir dua kali ganda bilangan bilangan kes positif wabak korinavirus (Covid-19) baharu yang dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan pesakit yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad ialah seramai 99 orang berbanding 51 kes baharu direkodkan.

Menurutnya, peningkatan memberangsangkan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh dan discaj kini meningkat kepada 3,762 kes atau 65.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Sehingga 12 00 tengah hari, terdapat 51 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,742 kes.

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,882 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu,dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat dua kematian baharu direkodkan hari ini.

Katanya,, jumlah kumulatif kes kematian akibat pendemik itu di Malaysia adalah sebanyak 98 kes.

"Kedua-dua kematian baharu itu melibatkan warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai latar belakang penyakit kronik," katanya.

Artikel Berkaitan: