Tular bakar mercun atas jalan, empat lelaki termasuk pelajar mengaku tidak bersalah
11 November 2026 | VIDEO
A
A
A
Empat lelaki tempatan termasuk seorang pelajar sekolah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Rabu atas pertuduhan melakukan perbuatan cuai membabitkan mercun di atas jalan raya utama di Skudai, Ahad lalu.
Tertuduh, P Ruban, 20; S Tharun, 18; H Periuthiv, 19 dan remaja berusia 16 tahun itu semuanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan A Shaarmini, Atifah Hazimah Wahab, Nurzihan Abdul Rehman dan Nur Fatin Mohamad Farid.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #bakarmercunatasjalan #Mahkamah
