
Tragedi kepala air: SAR dilaksanakan dalam jarak 3.5km - JBPM
11 November 2026 | VIDEO
A
A
A
Seramai 124 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa yang masih hilang selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak, Kampung Pertak, Hulu Selangor.
Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Razak Muda, berkata operasi pada Rabu memberi tumpuan kepada empat sektor pencarian iaitu A, B, C dan D yang secara keseluruhan dianggarkan dalam jarak 3.5 kilometer (km).
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #InsidenKepalaAir #SAR
