AS menunjukkan penurunan kes positif Covid-19, kata Trump

Presiden Donald Trump pada Jumaat berkata, Amerika Syarikat (AS) mula menampakkan perubahan yang ketara dalam usaha memerangi pandemik Covid-19. Foto: Xinhua
Presiden Donald Trump pada Jumaat berkata, Amerika Syarikat (AS) mula menampakkan perubahan yang ketara dalam usaha memerangi pandemik Covid-19. Foto: Xinhua
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Donald Trump pada Jumaat berkata, Amerika Syarikat (AS) mula menampakkan perubahan yang ketara dalam usaha memerangi pandemik Covid-19 sejak seminggu kebelakangan ini, lapor agensi berita Anadolu.

"Di seluruh negara, peratusan ujian yang menghasilkan keputusan positif menurun dengan sangat ketara," katanya kepada wartawan di Rumah Putih.

"Minggu lalu di New York kira-kira 38 peratus kes positif. Minggu ini jumlahnya turun 28 peratus."

Di New York, kes baharu menurun 50 peratus jika dibandingkan seminggu lalu dan kematian merosot 40 peratus, menurut presiden.

Di Louisiana, keputusan ujian positif menurun 25 peratus kepada 15 peratus.

Sebanyak 18 negeri menunjukkan penurunan kes positif, kata Trump.

Trump mengulangi seruannya supaya rakyat Amerika terus mengamalkan penjagaan kebersihan, penjarakan sosial dan memakai penutup hidung dan mulut.

AS mempunyai lebih 890,000 kes dan angka korban melepasi 51,000 orang, pada Jumaat. Hampir 96,000 pesakit sembuh.

Artikel Berkaitan:

Covid-19 telah menular ke 185 negara dan wilayah, menjangkiti lebih 2.7 juta orang dan meragut 195,000 nyawa sejak pertama kali dikesan di bandar Wuhan, China akhir tahun lalu.- Bernama