Rangers perlu bawa masuk Dykes

Lyndon Dykes -foto : skysports.com
Lyndon Dykes -foto : skysports.com
A
A
A

Pengendali Glasgow Rangers, Steven Gerrard perlu membawa masuk pemain Australia, Lyndon Dykes bagi memperkuatkan pasukan berkenaan.

Perkara itu disuarakan pemain pertahanan Scotland, Alan Hutton berikutan prestasi cemerlang Dykes pada ketika ini.

Menurut Hutton, pemain berusia 24 tahun itu telah meledak sembilan jaringan dalam 25 penampilan bersama skuad Livingston dalam sainga Liga Perdana Scotland setakat ini.

“Secara jujurnya bagi saya, dia (Dykes) adalah satu (pemain) tambahan yang baik untuk pasukan ini.

“Saya telah menyaksikan aksinya sebelum ini dan dia sering memberikan masalah kepada pasukan seperti Celtic mahupun kami (Rangers) sendiri,” katanya.

Sementara itu, Hutton berkata, Dykes seorang pemain serba boleh dan sesuai untuk beraksi dengan Rangers.

Menurut Hutton, selain mampu mengawal bola dengan baik, Dykes juga memilki kelebihan lain.

“Dykes memiliki badan yang sasa, memiliki teknik yang baik. Oleh itu, jika kami berjaya mendapatkan beliau, bayangkanlah jika dia beraksi bersama penyerang kami (Alfredo) Morelos,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod Morelos, adalah pemain terbaik selain muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Scotland musim 2018-2019 lalu.