Kes Abu Sahid, isteri: Mahkamah tetapkan 21 hari perbicaraan mulai Julai 2027

Mahkamah menetapkan tempoh 21 hari bermula Julai hingga Oktober tahun depan, bagi perbicaraan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed dan isterinya Puan Seri Noor Azrina Mohd Azmi. Gambar fail Bernama
Mahkamah menetapkan tempoh 21 hari bermula Julai hingga Oktober tahun depan, bagi perbicaraan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed dan isterinya Puan Seri Noor Azrina Mohd Azmi. Gambar fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan tempoh 21 hari bermula Julai hingga Oktober tahun depan, bagi perbicaraan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed dan isterinya Puan Seri Noor Azrina Mohd Azmi.

Hakim Suzana Hussin menetapkan tarikh perbicaraan pada 21 hingga 23 Julai, 18,19, 20 dan 27 Ogos, 6 hingga 9, 20, 21 dan 24 Sept serta 4 hingga 7 dan 11 hingga 13 Oktober 2027.

Pada sebutan kes hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Esther Jacyntha turut menyerahkan tiga jilid dokumen kepada pihak pembelaan, sekali gus melengkapkan proses penyerahan dokumen. Mahkamah kemudian menetapkan 22 Mac 2027 untuk sebutan semula kes.

Abu Sahid berdepan lima pertuduhan menyalahgunakan wang lebih RM458.5 juta milik syarikat yang diamanahkan kepadanya, membabitkan akaun bank di Taman Tunku dan Taman Serdang Perdana antara 3 Mei 2016 hingga 21 Okt 2019.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Abu Sahid turut berdepan 10 pertuduhan memindahkan wang hasil aktiviti haram berjumlah RM116,536.12 daripada akaunnya kepada lima individu dan empat syarikat pembinaan.

Bagi tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abu Sahid didakwa melupuskan wang hasil aktiviti haram berjumlah RM22,802,612.86 dengan membuat pengeluaran tunai menerusi 15 keping cek daripada akaunnya di bank sama antara 4 Mei 2016 hingga 19 September 2018.

Sementara itu, Noor Azrina didakwa menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM67.14 juta menerusi akaun banknya daripada akaun milik Abu Sahid.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Bukit Tunku antara 6 Mac 2017 hingga 27 November 2017.

Artikel Berkaitan:

Tiga pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Abu Sahid dan pertuduhan terhadap Noor Azrina dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana-mana lebih tinggi.- Bernama

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!