Bekas Timbalan Ketua Polis Selangor meninggal dunia

Allahyarham Datuk Mohd Fuad Abd Latiff meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, awal pagi tadi. Foto: Facebook PDRM
Allahyarham Datuk Mohd Fuad Abd Latiff meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, awal pagi tadi. Foto: Facebook PDRM
A
A
A

SUNGAI BULOH - Bekas Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, di sini awal pagi tadi.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia pada jam 3.56 pagi tadi namun tiada butiran lanjut mengenai penyakit dan punca kematiannya.

Sementara itu, memetik kenyataan di Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan seluruh warga PDRM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Allahyarham berkhidmat dalam pasukan selama 39 tahun bermula 1978 sehingga dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Selangor pada 15 Julai 2016 sebelum bersara pada 7 Jun 2017.

Beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam PDRM termasuk Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Artikel Berkaitan: