Penghantar makanan dibenar operasi 10km sahaja

Kenyataan MDKS berhubung notis pendaftaran penghantar makanan di kawasan pentadbiran MDKS.
Kenyataan MDKS berhubung notis pendaftaran penghantar makanan di kawasan pentadbiran MDKS.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Semua penghantar makanan yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) hanya dibenarkan beroperasi di sekitar 10 kilometer (km) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yang Dipertuanya, Rahilah Rahmat berkata, penghantar makanan hanya boleh menjalankan perkhidmatan itu di kawasan pentadbiran MDKS.

Menurut, tiada sebarang caj bayaran dikenakan terhadap mana-mana pemohon yang menjalankan perkhidmatan itu yang tertakluk arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa bermula dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

"Penghantar makanan perlu berdaftar dengan MDKS dengan mengisi borang yang telah disediakan di pautan https://forms.gle/H2k5isEG5pvLay4S7.

"Langkah ini diambil berdasarkan arahan terkini Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan Selangor bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rahilah berkata, selain itu penghantar makanan juga diwajibkan menjalani saringan Covid-19 di klinik kesihatan kerajaan atau swasta yang menawarkan perkhidmatan berkenaan.

"Bagaimanapun, kos saringan Covid-19 adalah di bawah tanggungjawab pemohon itu sendiri," katanya.

Menurut beliau, pas pendaftaran penghantar makanan akan diberikan kepada pemohon yang mematuhi syarat-syarat ditetapkan pihak MDKS.

Artikel Berkaitan:

"Pas berkenaan akan dihantar melalui e-mel: pelesenan_prsp@mdks.gov.my," katanya.