Pahang terima RM2.1 juta perkukuh agenda bandar mampan

Wan Rosdy ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Pahang Smart City 2026 dan Pelancaran Blueprint Smart City Negeri Pahang 2040 pada Khamis.
Wan Rosdy ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Pahang Smart City 2026 dan Pelancaran Blueprint Smart City Negeri Pahang 2040 pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Pahang menyasarkan semua 11 bandar utamanya menerima pengiktirafan Bandar Paling Mampan seawal tahun depan selepas menerima peruntukan RM2.1 juta daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan itu akan dimanfaatkan bagi membantu tiga bandar yang masih belum menerima pengiktirafan tersebut, sekali gus melengkapkan sasaran negeri itu ke arah pembangunan bandar yang lebih mampan dan pintar.

Menurutnya, setakat ini lapan daripada 11 bandar utama di Pahang telah berjaya meraih Anugerah Bandar Paling Mampan 2026.

"Anugerah tersebut diterima oleh Majlis Perbandaran Bentong, Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, Majlis Perbandaran Temerloh, Majlis Daerah Lipis, Majlis Daerah Bera, Majlis Daerah Jerantut, Majlis Daerah Raub dan Majlis Daerah Rompin.

"Selain itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menerima pengiktirafan Smart City Early Adopter 2026 ialah Majlis Daerah Bera, Majlis Daerah Jerantut, Majlis Daerah Raub dan Majlis Daerah Rompin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pahang Smart City 2026 dan melancarkan Blueprint Smart City Negeri Pahang 2040 di sini pada Khamis.

Wan Rosdy menyampaikan Anugerah Bandar Paling Mampan 2026 kepada wakil PBT terlibat sempena Majlis Perasmian Pahang Smart City 2026 dan Pelancaran Blueprint Smart City Negeri Pahang 2040 pada Khamis.
Wan Rosdy menyampaikan Anugerah Bandar Paling Mampan 2026 kepada wakil PBT terlibat sempena Majlis Perasmian Pahang Smart City 2026 dan Pelancaran Blueprint Smart City Negeri Pahang 2040 pada Khamis.

Menurutnya, Blueprint Smart City Negeri Pahang 2040 yang membawa aspirasi 'Pahang Pintar, Makmur dan Lestari' akan menjadi panduan utama pembangunan bandar pintar di negeri itu sehingga tahun 2040.

Artikel Berkaitan:

Blueprint tersebut menggariskan 14 dasar, 27 strategi dan 69 inisiatif bandar pintar untuk dilaksanakan oleh kerajaan negeri, PBT, jabatan serta agensi berkaitan dalam usaha memperkukuh kemampanan bandar dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri akan berusaha memastikan tiga lagi bandar menerima pengiktirafan Bandar Paling Mampan selewat-lewatnya tahun depan.

"Pengiktirafan ini membuktikan PBT di Pahang mempunyai keupayaan dan komitmen untuk bergerak ke arah pengurusan bandar yang lebih mampan dan pintar," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!