Gempa bumi sederhana magnitud 5.7 landa Flores, Indonesia

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 melanda rantau Flores, Indonesia pada 12.41 tengah hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku pada koordinat 8.3 darjah Selatan dan 120.6 darjah Timur, kira-kira 209 kilometer ke timur Bima, Indonesia, dengan kedalaman 10 kilometer.
Penilaian awal MetMalaysia mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
