China sudah sedia terima tetamu antarabangsa ke APEC 2026 di Shenzhen

Wartawan antarabangsa sudah mula berkampung di Shenzhen dan diberikan pendedahan mengenai kemajuan teknologi serta ekonomi di bandar paling maju di China iaitu Shenzhen.
Wartawan antarabangsa sudah mula berkampung di Shenzhen dan diberikan pendedahan mengenai kemajuan teknologi serta ekonomi di bandar paling maju di China iaitu Shenzhen.
A
A
A

SHENZHEN - China sudah bersedia untuk menyambut tetamu dari seluruh dunia untuk menyertai Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC 2026) ke-33 yang berlangsung di bandar ini mulai 18 hingga 19 November.

Menurut Anggota Jawatankuasa Tetap Parti Komunis China (CPC) Guangdong dan Timbalan Ketua Kumpulan Kerja Persiapan APEC Guangdong, Wang Xi, persidangan itu adalah kali ketiga yang dianjurkan negara itu dan yang terakhir diadakan ialah pada 12 tahun lalu.

“Pada masa ini, semua persiapan telah selesai. Kami bersedia menyambut kedatangan tetamu dari seluruh dunia,” katanya semasa Sidang Akhbar Persiapan APEC 2026 di Pusat Media Shenzhen pada Sabtu.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Kumpulan Kerja Persiapan APEC Guangdong merangkap Datuk Bandar Shenzhen, Li Yun dan Pengarah Biro Perdagangan Shenzhen, Zhang Feimeng.

Turut hadir ialah Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Wilayah Guangdong, Ma Wenfeng; Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Guangdong, Gong Zhenzhi dan Timbalan Pengarah Biro Inovasi Sains dan Teknologi Shenzhen, Xia Lei.

China menjadi tuan rumah kepada Persidangan APEC yang melibatkan 21 buah negara termasuk Malaysia dengan tema Membina Komuniti Asia-Pasifik untuk Mencapai Kemakmuran Bersama.
China menjadi tuan rumah kepada Persidangan APEC yang melibatkan 21 buah negara termasuk Malaysia dengan tema Membina Komuniti Asia-Pasifik untuk Mencapai Kemakmuran Bersama.

Dalam pada itu, Xi berkata, penyelarasan di peringkat tertinggi dan penggunaan seluruh kekuatan wilayah.

“Jawatankuasa parti dan kerajaan wilayah sentiasa meletakkan persiapan APEC sebagai keutamaan utama.

Artikel Berkaitan:

“Sebuah kumpulan kerja khas peringkat wilayah telah ditubuhkan untuk menyelaras semua persiapan,” ujar beliau.

Jelas Xi lagi, keunikan persidangan itu ialah menggabungkan inovasi dengan identiti tempatan.

“Kami mahu memperlihatkan tenaga dan dinamisme Shenzhen, keunikan budaya serta imej China kepada dunia.

“Dalam melaksanakan persiapan, kami mengambil kira pengalaman dan amalan terbaik daripada penganjuran acara antarabangsa di seluruh dunia, disesuaikan dengan keadaan sebenar Guangdong,” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, penggunaan teknologi turut disediakan dengan integrasi kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital dalam pelbagai aspek perkhidmatan, termasuk urusan menyambut tetamu dan lawatan bandar.

“Teknologi seperti navigasi pintar, terjemahan pintar, pelepasan imigresen digital dan sistem penyelarasan pintar digunakan secara meluas bagi memastikan perkhidmatan lebih tepat dan cekap,” jelas Xi.

China mengalu-alukan kedatangan semua pihak untuk melihat sendiri perkembangan pesat Zon Ekonomi Khas Shenzhen dan pelaksanaan pemodenan ala China di Guangdong
China mengalu-alukan kedatangan semua pihak untuk melihat sendiri perkembangan pesat Zon Ekonomi Khas Shenzhen dan pelaksanaan pemodenan ala China di Guangdong

Sepanjang tempoh persidangan, ujar beliau, sebanyak 218 lokasi lawatan dan 43 laluan lawatan telah disediakan di seluruh wilayah.

“Kami mengalu-alukan kedatangan semua pihak untuk melihat sendiri perkembangan pesat Zon Ekonomi Khas Shenzhen dan pelaksanaan pemodenan ala China di Guangdong.

“Kami menyediakan penginapan, pengangkutan, rawatan perubatan dan perkhidmatan terjemahan berdasarkan keperluan setiap ekonomi anggota.

“Selain itu, sistem komunikasi, ramalan cuaca, keselamatan awam, kesihatan awam dan operasi bandar turut diperkukuh bagi membentuk satu sistem perkhidmatan bersepadu’” jelas beliau.

Sehubungan itu katanya, penganjuran persidangan tersebut kini memasuki fasa yang amat penting.

“Kami yakin dapat mempersembahkan satu persidangan bertaraf tinggi kepada dunia,” katanya.

Untuk rekod, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009, manakala Malaysia pula merupakan antara rakan dagang utama China dalam kalangan negara ASEAN.

Hubungan perdagangan kedua-dua negara meliputi sektor pembuatan, elektronik, semikonduktor, tenaga, komoditi, automotif, teknologi digital dan infrastruktur.

Pada tahun ini, China menjadi tuan rumah kepada Persidangan APEC yang melibatkan 21 buah negara termasuk Malaysia dengan tema Membina Komuniti Asia-Pasifik untuk Mencapai Kemakmuran Bersama.

Persidangan kali ini berpeluang untuk mengetengahkan agenda ekonomi dan perdagangan serantau ketika ekonomi dunia berhadapan ketegangan geopolitik, persaingan teknologi dan perubahan rantaian bekalan global.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!