Monyet kebas wang pencen RM4,000

INDIA - Seorang pesara di Shimla, Himachal Pradesh, berdepan pengalaman luar biasa apabila wang tunai sebanyak 81,800 rupee (kira-kira RM4,000) yang dibawanya untuk dimasukkan ke bank dirampas seekor monyet.
Kejadian dilaporkan berlaku berhampiran pejabat pesuruhjaya daerah apabila haiwan itu tiba-tiba merampas bungkusan wang berkenaan.
Monyet tersebut kemudian memanjat pokok, mengeluarkan wang kertas daripada bungkusan sebelum mencampakkannya ke kawasan cerun bukit.
Keadaan itu menyebabkan pesara berkenaan kelam-kabut mengutip wangnya yang bertaburan.
Bagaimanapun, beberapa penduduk yang berada di lokasi segera membantu mengumpulkan wang kertas dan memulangkannya kepada lelaki itu.
Sebahagian besar wang berjaya diselamatkan, namun kira-kira 1,500 rupee dilaporkan hilang manakala beberapa keping wang kertas mengalami kerosakan.
Insiden itu turut mencetuskan perbincangan mengenai masalah gangguan monyet di kawasan pelancongan Shimla.- Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
