Pemandu mabuk, penumpang langgar PKP

Dua lelaki ditahan selepas memandu kereta dalam keadaan mabuk serta langgar PKP. Foto: FB Polis Daerah Ipoh.
Dua lelaki ditahan selepas memandu kereta dalam keadaan mabuk serta langgar PKP. Foto: FB Polis Daerah Ipoh.
A
A
A

IPOH - Dua lelaki ditahan polis selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan salah seorangnya didapati memandu kereta dalam keadaan mabuk.

Kedua-dua suspek berusia 21 dan 26 tahun itu ditahan oleh anggota trafik yang menjalankan rondaan penguatkuasaan Ops Covid-19 sekitar jam 11.30 malam di Laluan Sungai Pari di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kedua-dua mereka yang menaiki kereta jenis Nissan Sunny ditahan selepas gagal memberikan alasan yang munasabah.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu tersebut tiada lesen memandu dan cukai jalan serta insurans kereta telah tamat tempoh.

“Pemeriksaan fizikal ke atas kedua-dua suspek tidak menemui apa-apa barang salah namun, disyaki pemandu tersebut berada di bawah pengaruh alkohol,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari.

Menurutnya, hasil ujian nafas menunjukkan kandungan alkohol dalam badan suspek melebihi had yang ditetapkan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan mabuk.

“Mereka didapati melanggar Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 iaitu bergerak tanpa kebenaran atau tujuan yang munasabah dalam tempoh PKP.

Artikel Berkaitan: