Sekurang-kurangnya 24 maut dalam kemalangan libatkan bas dan lori

Sekurang-kurangnya 24 orang maut apabila sebuah bas bersaiz kecil berlanggar dengan sebuah lori di negeri Assam, timur laut India pada Jumaat.
Sekurang-kurangnya 24 orang maut apabila sebuah bas bersaiz kecil berlanggar dengan sebuah lori di negeri Assam, timur laut India pada Jumaat.
A
A
A

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 24 orang maut apabila sebuah bas bersaiz kecil berlanggar dengan sebuah lori di negeri Assam, timur laut India pada Jumaat, menurut pegawai, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menteri negeri, Atul Bora memberitahu pemberita bahawa sekurang-kurangnya 11 orang turut cedera dalam kemalangan yang berlaku di lebuh raya berhampiran Taman Negara Kaziranga. Beliau berkata, ramai mangsa merupakan murid sekolah.

Kira-kira 35 orang termasuk pemandu berada di dalam bas berkenaan, menurut laporan akhbar harian India, Hindustan Times dan media lain yang memetik kenyataan polis.

Hindustan Times memetik seorang mangsa yang terselamat sebagai berkata, bas itu penuh sesak dan beberapa penumpang berdiri di lorong antara tempat duduk.

Menurut laporan media, pegawai mengesyaki bas itu dipandu terlalu laju sebelum terbabas daripada laluannya dan berlanggar dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

Pemandu lori dan penumpangnya dilaporkan terselamat tetapi mengalami kecederaan. - Bernama/dpa

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!