Mayat wanita ditemukan dalam sungai

Seorang wanita ditemukan maut di dalam sungai berhampiran Taman Residensi dekat Bidor.
Seorang wanita ditemukan maut di dalam sungai berhampiran Taman Residensi dekat Bidor.
A
A
A

 

IPOH - Seorang wanita ditemukan maut di dalam sungai berhampiran Taman Residensi dekat Bidor, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, wanita berusia lingungan 30-an, disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.55 petang sebelum anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, bergegas ke lokasi kejadian sejauh 13 kilometer.

Bomba menerima panggilan pada 2.55 petang sebelum anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, bergegas ke lokasi kejadian sejauh 13 kilometer.
Bomba menerima panggilan pada 2.55 petang sebelum anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, bergegas ke lokasi kejadian sejauh 13 kilometer.

"Ketua operasi melakukan size up seterusnya mengarahkan anggota memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap, melakukan kerja-kerja mengangkat dan mengambil mangsa dari dalam sungai dengan menggunakan stretcher.

"Mangsa yang merupakan warga Myammar diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 4.18 petang,” katanya dalam satu kenyataan. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!