Doa ada rezeki ke sana lagi...

Syeikh Shuraim membaca surah al-Baqarah ketika solat tarawih di Masjidil Haram. (Gambar kiri), petugas membersihkan Kaabah. - Foto Harmain.info
Syeikh Shuraim membaca surah al-Baqarah ketika solat tarawih di Masjidil Haram. (Gambar kiri), petugas membersihkan Kaabah. - Foto Harmain.info
A
A
A

ANKARA - Perkongsian gambar di Twitter memaparkan petugas membersihkan kedua-dua masjid di Makkah dan Madinah menyentuh hati umat Islam di seluruh dunia.

Kerja-kerja pembersihan dan pensterilan di Kiswah dan permukaan Kaabah dilaporkan selesai pada Selasa bagi menyambut Ramadan.

Menurut laporan media tempatan, Harmain.info, pembersihan dan pensterilan dijadualkan dilakukan hampir setiap hari mengikut blok kawasan tertentu.

Setakat ini jemaah masih tidak dibenarkan untuk solat di sekitar Kaabah. Sebaliknya jemaah dibenarkan untuk menunaikan solat di dalam masjid, bahagian bumbung atas dan pekarangan Masjidil Haram.

Pada hantaran bebenang Twitter Harmain.info turut berkongsi bacaan beremosi surah al-Baqarah oleh Syeikh Shuraim Saat ketika solat tarawih di Masjidil Haram malam tadi.

Pada 1 April lalu, Arab Saudi meminta umat Islam untuk menangguhkan sebarang rancangan untuk menunaikan haji dan umrah susulan wabak koronavirus (Covid-19).

Perkara itu dinyatakan Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten kepada stesen televisyen Al-Ekhbariya di negara itu.

Selain menangguhkan haji dan umrah, Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Makkah dan Madinah.

Artikel Berkaitan:

Arab Saudi juga menggantung solat tarawih di kedua-dua masjid suci di Makkah dan Madinah pada Ramadan ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19, lapor Agensi Anadolu.

Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais berkata, justeru, solat tarawih akan diadakan tanpa jemaah awam di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Dalam pada itu, rata-rata netizen merindui suasana solat berjemaah dan tarawih di masjid tersebut dan berharap berpeluang ke Tanah Suci lagi.

"Doa agar berpeluang ke sana dan wabak Covid-19 dapat dihapuskan," kata @Ilham.

Tulis @Mikail, "Tersentuh hati melihat mereka membersihkan dua masjid suci. Moga kita dilindungi-NYA."