PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin
02 November 2026 | VIDEO
A
A
A
Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat
