X

Kindly register in order to view this article
!

11 dicekup main mahjung ketika PKP

Gambar hiasan
A
A

GOMBAK – Tindakan 11 individu termasuk tiga wanita yang bermain judi mahjung di sebuah premis Taman Selayang Utama, Batu Caves ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengundang padah apabila mereka ditahan petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dalam serbuan jam 3.15 petang itu, kesemua individu yang ditahan berusia 47 tahun hingga 67 tahun.

“Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas set mahjung dan wang tunai berjumlah RM1,861.

"Semua suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Selayang untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!