Pusaran air selepas banjir kilat gemparkan penduduk

KUALA SELANGOR - Tular rakaman di media sosial memaparkan pembentukan pusaran air di sebuah kolam takungan dipercayai berhampiran kawasan perumahan penduduk yang dinaiki air di Puncak Alam di sini pada Khamis.
Video dipercayai dirakam penduduk berdekatan itu memperlihatkan keadaan kolam terbabit yang digenangi dengan air sebelum wujudnya pusaran.
Rakaman terbabit kemudiannya dikongsikan penduduk sebelum tular di media sosial.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Puncak Alam di sini dinaiki air dalam kejadian pada Khamis.
Antara kawasan terjejas ialah Taman Seri Alam, Hill Park dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam.
Selain itu, laluan dari arah Meru menuju Puncak Alam, berhampiran Penjara Koreksional, turut dilaporkan dilanda banjir lumpur sehingga menjejaskan pergerakan kenderaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

