X

Kindly register in order to view this article
!

Pelajar tahfiz terkandas di Negeri Sembilan dibenarkan pulang

Menteri Besar menyaksikan Persatuan Belia Dinamik Barat bersama Global Solution Resources Snd Berhad menyampaikan sumbangan sebanyak 1,000 kit cegah Covid-19 yang mengandungi face mask, sanitizer, vitamin C dan tisu basah kepada Majlis Bandaraya Seremban dan Polis Diraja Malaysia.
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan memberi kebenaran kepada tujuh pelajar tahfiz yang terkandas di pusat tahfiz di negeri ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk pulang ke rumah masing- masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bagaimanapun pihak tahfiz perlu memohon kebenaran daripada pihak keselamatan atau Ketua Polis Negeri Sembilan untuk mendapatkan kebenaran pulang ke kampung.

"Pelajar tempatan sahaja dibenarkan pulang tetapi perlu membuat permohonan kepada Ketua Polis Negeri Sembilan.

"Mereka boleh diambil oleh ibu bapa dan mereka yang tiada ibu bapa, pihak tahfiz perlu terus menjaga anak-anak yatim ini," katanya pada sidang media Pacsa Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri Sembilan di sini hari ini.

Menteri Besar menyaksikan Persatuan Belia Dinamik Barat bersama Global Solution Resources Snd Berhad menyampaikan sumbangan sebanyak 1,000 kit cegah Covid-19 yang mengandungi face mask, sanitizer, vitamin C dan tisu basah kepada Majlis Bandaraya Seremban dan Polis Diraja Malaysia.
Menteri Besar menyaksikan Persatuan Belia Dinamik Barat bersama Global Solution Resources Snd Berhad menyampaikan sumbangan sebanyak 1,000 kit cegah Covid-19 yang mengandungi face mask, sanitizer, vitamin C dan tisu basah kepada Majlis Bandaraya Seremban dan Polis Diraja Malaysia.

Terdahulu, Persatuan Belia Dinamik Barat bersama Global Solution Resources Snd Berhad menyampaikan sumbangan sebanyak 1,000 kit cegah Covid-19 yang mengandungi face mask, sanitizer, vitamin c dan tisu basah kepada Majlis Bandaraya Seremban dan Polis Diraja Malaysia.

Selain itu, Majlis Datuk-Datuk Kurnia Negeri Sembilan turut menyampaikan sumbangan iaitu 30 set barangan keperluan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!