UMNO mahu perubahan dinamik di Selangor

AWANG AZMAN
AWANG AZMAN
A
A
A

SHAH ALAM - Pelantikan semula Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar sebagai Pengerusi UMNO Selangor disifatkan sebagai satu strategi dalaman diatur oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

Penganalisis sosiopolitik dari Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, langkah diambil Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan melantik semula Noh bagi memegang jawatan tersebut berkemungkinan disebabkan parti Melayu itu mahukan satu perubahan dinamik di Selangor.

Beliau berkata, pengalaman dimiliki Noh sebagai antara pemimpin lama di negeri ini pastinya dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi merampas semula pentadbiran negeri daripada Pakatan Harapan (PH).

"Pada pandangan saya, UMNO mahukan perubahan yang lebih dinamik di Selangor menerusi pelantikan ini sesuai dengan pembentukan kerajaan di peringkat nasional," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Sebelum ini, bekas Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Dahalan dan Timbalannya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dilaporkan bersetuju secara bertulis mengembalikan jawatan masing-masing kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid melantik Noh sebagai Pengerusi UMNO negeri baharu dan mengekalkan Megat Zulkarnain sebagai Timbalan mulai semalam.

Sementara itu, jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangan akan dilantik Pengerusi UMNO Selangor.

Dalam pada itu, Awang Azman berkata, pelantikan Noh juga boleh ditafsirkan sebagai satu langkah diambil oleh Ahmad Zahid bagi mengukuhkan lagi pengaruhnya di Selangor.

Artikel Berkaitan:

"Kelazimannya, Pengerusi UMNO negeri semestinya dikaitkan dengan mereka yang rapat bersama presiden.

"Jadi langkah ini boleh ditafsirkan sebagai satu strategi presiden bagi menguatkan pengaruhnya di negeri ini dan Noh juga dijangka akan menggunakan pengaruhnya untuk buat percaturan politik di negeri ini khususnya dalam menentukan calon bagi PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-14) nanti," katanya.