'Tak salah terima semula ahli UMNO dipecat' - Akmal

Akmal
Akmal
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Salleh menegaskan barisan kepimpinan perlu menerima semula ahli yang dipecat dan digantung bagi memperkasa parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau berkata, UMNO kini berada di titik terendah, perlu menerima sesiapa sahaja yang mahu membantu untuk memperkuatkan parti tersebut.

“Kita patutnya tidak boleh menghalang orang yang ingin membantu parti. Bagi saya, benda ini (ada) dibincang dalam MKT dan masih dalam perbincangan. Bagi saya, selagi mana dia (yang dipecat) boleh membantu, memenangkan parti, mematuhi institusi parti, kita patut terima.

“UMNO kini berada di titik terendah. Jadi kita tidak boleh berpecah. Siapa yang nak bantu parti, panggil sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) pada Sabtu.

Pada Jumaat, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan bahawa beliau sudah menghantar tiga kali surat rayuan terhadap penggantungan keahliannya namun sehingga kini masih dipandang sepi.

Beliau berkata, walaupun pada mulanya hukuman penggantungan itu mahu dibuat pada tahun lepas, namun tindakan tersebut ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), November tahun lepas.

Tajuddin turut mengakui masih setia terhadap parti dan berharap rayuan diterima agar beliau dapat kembali menjadi ahli parti keramat Melayu itu.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa pemimpin UMNO telah digantung dan dipecat antaranya adalah Tajuddin; bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan; bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam masa sama, Dr Muhammad Akmal turut berharap agar lebih ramai ahli UMNO dapat kembali dan menyelamatkan parti daripada terus ditolak rakyat.

Selain itu, perkara sama turut diakui oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik, Kedah, Muhammad Sofian Ahmad dengan menyatakan bahawa rayuan tersebut perlu diterima memandangkan Tajuddin juga merupakan antara figura yang sering disebut-sebut orang ramai.

“Dia (Tajuddin) sebelum ini sangat berbakti dan memberikan yang terbaik kepada UMNO. Dia (Tajuddin) banyak juga beri sumbangan, jasa kepada UMNO. Jadi memang wajar dimaafkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ahmad Zahid ingatkan jangan usik hati orang Melayu

Pemuda UMNO perlu ‘move on’, lupakan kisah silam - DAP

Ahmad Zahid sebak dengar amanat Najib

UMNO terus pertahan Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal - Ahmad Zahid

'Saya hadir semula PAU 2023 untuk perkukuh kerajaan' - Anwar

UMNO gesa selesai segera isu bebanan guru, doktor kontrak

Beri peluang kerajaan terjemah agenda dijanjikan - Ahmad Zahid

‘Lagi baik kalau DAP minta maaf pada UMNO’ - Tok Mat

'Air karat di Kelantan masih gagal dijernihkan'- Ahmad Zahid

'UMNO bukan mengkarung politik' - Ahmad Zahid

Anwar hadiri PAU 2023 selepas 25 tahun

Tuduhan tidak bela Najib, cuba pecah belah UMNO - Puad Zarkashi

UMNO lulus pindaan perlembagaan permudah daftar keahlian baharu

PAU 2023: PM ikut sama nyanyi lagu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat'

PAU 2023: Tajuddin tetap hadir walaupun digantung keahlian