Doktor tertimbus tanah runtuh: 'Dia menantu yang baik' - Ibu mentua

Poh Lim berkata, dia tinggal bersama sejak tiga dekad lalu sebelum tragedi yang meragut nyawa menantunya, Wong Kar Lin (foto kecil) pada pagi Sabtu.
Poh Lim berkata, dia tinggal bersama sejak tiga dekad lalu sebelum tragedi yang meragut nyawa menantunya, Wong Kar Lin (foto kecil) pada pagi Sabtu.
A
A
A

GEORGE TOWN – Seorang doktor yang maut dihempap konkrit ketika menyediakan sarapan di rumahnya di Taman Seri Rambai, Paya Terubong di sini disifatkan sebagai sebagai menantu yang baik.

Ibu mentuanya, Wong Poh Lim, 80-an, berkata, dia tinggal bersama sejak tiga dekad lalu sebelum tragedi yang meragut nyawa menantunya, Wong Kar Lin, 73, pada pagi Sabtu.

Lebih memilukan, Poh Lim terpaksa menyaksikan detik cemas ketika mereka sekeluarga cuba menyelamatkan diri.

Poh Lim berkata, ketika kejadian, dia sedang mandi di tandas di tingkat atas sebelum dimaklumkan anak perempuannya, Chang Mei Nuo, 68, mengenai kejadian tanah runtuh itu.

Menurutnya, mereka segera bergegas turun untuk menyelamatkan diri namun sebaik tiba di tingkat bawah, mereka mendapati menantunya sudah dihempap runtuhan.

“Kami sangat terkejut dan terus keluar untuk menyelamatkan diri. Semuanya berlaku begitu pantas,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Ahad.

Dia menambah, hanya mereka bertiga berada di rumah ketika kejadian manakala empat anak mangsa tinggal berasingan.

BERITA BERKAITAN: Lelaki maut tertimbus tanah runtuh di belakang rumah

Lelaki maut tertimbus tanah runtuh: 'Bunyi itu sangat kuat kerana dekat dengan rumah' - Saksi

Artikel Berkaitan:

Lelaki maut tertimbus tanah runtuh: Punca dikaitkan projek perumahan disiasat

Doktor tertimbus tanah runtuh ketika siapkan sarapan untuk keluarga

Mayat doktor ditemukan tertimbus bawah konkrit

Tanah runtuh: Arahan henti kerja dikeluarkan terhadap projek pembangunan - MBPP

Tanah runtuh: Penduduk buntu cari tempat tinggal sementara

Walaupun terselamat tanpa sebarang kecederaan, Poh Lim mengakui masih terkejut dengan kejadian yang berlaku, lebih-lebih lagi apabila kehilangan menantu yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

Sementara itu, Mei Nuo yang masih diselubungi kesedihan berkata, kejadian itu merupakan pengalaman pertama seumpamanya sepanjang mereka menetap di kawasan berkenaan.

Dalam kesedihan menghadapi kehilangan suami tersayang, dia bagaimanapun bersyukur apabila jasad suaminya berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat dari timbunan tanah dan konkrit dalam keadaan sempurna.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!