Kerajaan Kelantan sedia RM4.5 juta untuk Bakul Ramadan

Ahmad ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di JKR 10 di sini hari ini.
Ahmad ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di JKR 10 di sini hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Kerajaan negeri memperuntukkan RM4.5 juta untuk program Bakul Ramadhan bertujuan untuk menyalurkan sumbangan keperluan asas kepada fakir miskin di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, peruntukan tersebut akan disalurkan melalui Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula awal Ramadan ini, dengan setiap DUN masing-masing menerima peruntukan RM100,000.

"Kita menyambut baik saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu setiap rumah ada makanan di atas meja dan sebagainya," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di JKR 10 di sini hari ini.

Selain itu, Ahmad turut mengumumkan elaun Datuk Bergelar yang diterimanya sebanyak RM1,200 akan disumbangkan kepada Pusat Khidmat DUN Pasir Pekan setelah ia diwartakan, selama mana beliau berkhidmat sebagai ADUN.

Selain itu, kerajaan negeri juga bersetuju untuk menangguhkan bayaran sewa bagi rumah kos rendah (RKR) selama enam bulan bermula April 2020.

"Bayaran tunggakan sewa dan sewa beli selama enam bulan berjumlah RM658,231 juga ditangguhkan.

"Kerajaan negeri berharap rakyat negeri ini terus mengambil peluang untuk meningkatkan amal ibadah seperti membaca al- Quran dan bersedekah.

"Tiada acara ataupun aktiviti secara berkumpulan seperti majlis berbuka puasa sepanjang Ramadan. Orang ramai boleh mengikuti pelbagai program sempena Ramadan yang disiarkan melalui dalam talian," katanya.

Artikel Berkaitan: