'Hanya ALLAH sahaja mampu membalas jasa Ustaz Ebit'

Jamaliah (kiri) melihat keadaan suaminya yang semakin stabil selepas pulang dari HSB petang semalam.
Jamaliah (kiri) melihat keadaan suaminya yang semakin stabil selepas pulang dari HSB petang semalam.
A
A
A

ALOR SETAR - Keluarga Ishak Darus menyifatkan bantuan Ustaz Ebit Lew membantu menyewakan sebuah rumah yang mempunyai lima buah bilik di Taman Uda, dekat sini kelmarin sebagai sinar buat mereka sempena Ramadan ini.

Isteri Ishak, Jamaliah Rejab, 54, berkata, hanya ALLAH sahaja mampu membalas jasa Ustaz Ebit yang telah bersusah payah datang dari ibu negara untuk membantu mereka sekeluarga.

Menurutnya, dia bersyukur berikutan rumah sewa itu lengkap dengan kemudahan air dan elektrik malah bayaran sewa bulanan sebanyak RM800 juga turut ditanggung Ustaz Ebit.

"Hanya ALLAH sahaja mampu membalas jasa Ustaz Ebit kerana membantu keluarga besar kami ini. Jika tidak memang kami tidak mampu untuk sewa rumah ini.

"Kami seronok terutamanya cucu-cucu kerana dapat berpindah dari rumah lama yang sudah rosak dan bocor. Cucu-cucu seronok dapat bermain di kawasan sekitar rumah ini," katanya ketika ditemui di rumah sewanya petang semalam.

Muhammad Rayyan Muhammad Hamidan, 6, dan kakaknya, Siti Nurhawa Muhammad Hamidan, 10, kelihatan ceria bermain di laman rumah sewa baharu mereka petang semalam.
Muhammad Rayyan Muhammad Hamidan, 6, dan kakaknya, Siti Nurhawa Muhammad Hamidan, 10, kelihatan ceria bermain di laman rumah sewa baharu mereka petang semalam.

Jamaliah berkata, dia menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka tidak berusaha untuk mencari kediaman yang lebih sesuai di sekitar Alor Setar namun kos sewaan yang tinggi menyebabkan mereka melupakan hasrat itu.

"Kerajaan juga ada menawarkan rumah flat kepada kami tetapi terpaksa ditolak sebab lokasinya yang agak jauh selain cucu saya pula ramai.

Artikel Berkaitan:

"Kami memang mendapat bantuan daripada kerajaan setiap bulan dan wang itu cukup diguna bagi membeli makanan selain ada juga menerima sumbangan orang ramai," katanya.

Ishak dibenarkan pulang dari HSB Alor Setar petang semalam selepas keadaannya sudah stabil.
Ishak dibenarkan pulang dari HSB Alor Setar petang semalam selepas keadaannya sudah stabil.

Bagaimanapun mereka belum memikirkan persiapan menyambut Ramadan kerana baru sahaja berpindah selain masih lagi bergantung kepada bantuan.

"Saya juga gembira kerana suami sudahpun boleh keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar kerana keadaannya sudah stabil selepas dimasukkan semalam," katanya.

Kelmarin tular usaha Ustaz Ebit Lew membantu seorang pesakit strok Ishak Darus, 77, dan keluarganya yang tinggal di sebuah rumah usang di Lorong Gedebang, Jalan Langgar disebabkan tidak mampu menyewa rumah di tempat lain.

ARTIKEL BERKAITAN Saya akan bayarkan sewa selagi hidup: Ebit Lew