Saya akan bayarkan sewa selagi hidup: Ebit Lew

ALOR SETAR - Penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa sebak melalui laman sosial Facebooknya ketika melihat sekeluarga dalam serba kekurangan dan tidak terurus sewaktu menziarahi rumah seorang warga emas yang menghidap strok bersama beberapa kanak-kanak.
“Menangis akhirnya, berbelas-belas anak tinggal dengan seorang atuk strok. Anak-anak tidak bersekolah, semuanya orang Malaysia,” tulisnya.
Beliau tanpa berselindung turut menjelaskan keadaan di rumah berkenaan juga kotor dan berbau.
Tidak hanya meluahkan rasa simpati terhadap kehidupan daif keluarga terbabit, beliau turut memujuk mereka berpindah dan bersedia menanggung bayaran sewa rumah.