X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: MPM, POPM prihatin atlet pembangunan Para

Megat D Shahriman (dua dari kanan).
A
A

KETIKA semua aktiviti sukan masih ditangguhkan akibat wabak Covid-19, atlet pembangunan Para yang tidak mendapat keistimewaan seperti atlet sepenuh masa di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN) pastinya muncul kelompok atlet paling terkesan.

Mereka ini kebanyakannya hanya mendapat elaun separuh masa dan memerlukan sokongan yang padu untuk kekal aktif dalam sukan kerana ada antara mereka ini datangnya daripada keluarga yang susah.

Mengambil kira situasi tersebut, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) bersama Persatuan Olahraga Para Malaysia (POPM) tampil dengan inisiatif menyediakan sumbangan barangan keperluan asas kepada kira-kira 40 atlet pembangunan Para.

Program yang dikenali dengan nama Projek Penyerahan Sumbangan Atlet Para (Fasa 2) ini kesinambungan kepada program bantuan Healthcare Kit pada 7 April lalu.

Antara barangan keperluan asas yang diagihkan.
Antara barangan keperluan asas yang diagihkan.

Menurut Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, projek ini melibatkan kerjasama antara MPM sebagai badan naungan persatuan sukan para kebangsaan dengan POPM dan ia merupakan kesinambungan kepada program bantuan kami pada 7 April lalu.

“Atlet pembangunan ini wajar mendapat layanan yang adil sama seperti atlet lain. Lagipun mereka ini merupakan barisan pelapis dan masa depan sukan Para negara.

"Pihaknya juga mengalu-alukan kerjasama dengan 23 persatuan sukan para kebangsaan lain untuk menjalankan aktiviti yang sama.

“Harapan saya semoga ia menjadi titik permulaan untuk semua 24 ahli gabungan kami lebih aktif dan kami di MPM sedia untuk bekerjasama. Hanya perlu maklumkan, kami sedia membantu dan berkhidmat untuk ahli gabungan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara barangan keperluan asas yang diagihkan kepada kira-kira 40 atlet pembangunan Para.
Antara barangan keperluan asas yang diagihkan kepada kira-kira 40 atlet pembangunan Para.

Sementara itu, Presiden POPM, Laksamana Pertama (B) Datuk Subramaniam Raman berkata, walaupun berdepan status kewangan yang terhad, tetapi sebagai badan induk olahraga para negara pihaknya perlu mengambil tindakan untuk meyakinkan atlet bahawa POPM sentiasa prihatin terhadap kebajikan mereka.

“Ini secara tak langsung akan mengurangkan beban keluarga dan juga membakar semangat atlet untuk terus melibatkan diri dalam sukan olahraga para.

“Melalui bantuan ini juga diharap dapat memberi keceriaan kepada atlet yang akan menyambut bulan Ramadan lagi tiga hari. Kami difahamkan pelbagai badan seperti Majlis Sukan Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat turut memberi pelbagai bantuan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!