TNB sahkan kejadian lelaki maut di pencawang elektrik

KOTA TINGGI - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan kejadian kemalangan di pencawang elektrik miliknya yang mengorbankan seorang lelaki di daerah ini pada Isnin.
Menurut TNB, pasukan teknikalnya digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung insiden berkenaan.
“Kejadian berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti vandalisme.
“Kami akan memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu pada Isnin.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa seorang lelaki maut ketika dipercayai cuba mencuri kabel elektrik bawah tanah di tepi jalan besar Kilometer 21, Felda Adela menghala ke Sungai Rengit, Kota Tinggi.
Lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti itu ditemukan terbaring kira-kira satu meter dari pencawang elektrik dan 20 meter dari jalan raya.
Tambah TNB, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengusik, membuka atau menghampiri pepasangan elektrik kerana perbuatan itu boleh mengakibatkan kecederaan serius atau kehilangan nyawa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
