Susun keutamaan perbelanjaan jika harga minyak terus merosot

TENGKU ZAFRUL
TENGKU ZAFRUL
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan akan menyusun semula keutamaan perbelanjaan bagi mengimbangi kejatuhan pendapatan jika harga minyak terus merosot hingga ke paras lebih rendah daripada anggaran purata tahunan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan juga akan terus memantau perkembangan harga minyak.

"Kementerian memahami perhatian umum terhadap harga minyak memandangkan ia dipengaruhi faktor-faktor geopolitik global, namun adalah penting untuk memahami bagaimana Malaysia mempunyai asas ekonomi yang pelbagai," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Tengku Zafrul berkata, pengiraan impak penurunan harga minyak telah difaktorkan dalam pengiraan defisit lebih dari empat peratus ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Ini mencerminkan anggaran defisit sepanjang tahun yang berdasarkan kepada jangkaan harga minyak yang tertentu," ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau berkata, Kementerian Kewangan akan meneliti langkah-langkah untuk menyusun semula struktur ekonomi bagi meningkatkan kepelbagaian ekonomi, selain melaksanakan dasar fiskal dan kewangan yang lebih baik untuk membangunkan daya tahan ekonomi negara.

Artikel Berkaitan: