Peluang Aaron-Roy King bergelar juara di Finland

Aaron (kiri) dan Roy King akan menentang pasangan Taiwan dalam aksi final Terbuka Artik di Finland malam ini. Foto: Agensi
Aaron (kiri) dan Roy King akan menentang pasangan Taiwan dalam aksi final Terbuka Artik di Finland malam ini. Foto: Agensi
A
A
A

BEREGU lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King berpeluang meraih gelaran pertama musim ini apabila melangkah ke final Terbuka Artik di Vantaa, Finland malam ini.

Kejayaan itu diraih selepas mereka menyingkirkan pasangan Denmark, Christian Faust Kjaer-Rasmus Kjaer, 21-14, 21-16 dalam aksi separuh akhir di Vantaa Energia Areena malam Sabtu.

Aaron-Roy King yang bergandingan buat kali pertama dalam kejohanan itu hanya memerlukan 37 minit untuk menundukkan pasangan ranking ke-32 dunia berkenaan.

Kemenangan tersebut mengesahkan kemaraan mereka ke final kejohanan berstatus Super 500 itu, sekali gus membuka laluan untuk memburu kejuaraan sulung.

Dalam aksi final, mereka bakal berdepan pasangan Taiwan, Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng yang turut melangkah ke saingan akhir selepas menewaskan gandingan Perancis, Julien Maio-William Villeger, 21-15, 19-21, 21-13.

Aaron-Roy King menjadi wakil tunggal negara yang masih bertahan dalam perebutan gelaran selepas pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia terkandas di separuh akhir.

Zii Jia tewas kepada pilihan keempat dari Denmark, Anders Antonsen, 11-21, 21-15, 16-21 dalam pertarungan tiga set.

Kali terakhir beregu lelaki negara muncul juara Terbuka Artik ialah menerusi gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pada edisi 2024.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!