AMK kecam Eric See-To jadikan al-Quran bahan serangan politik

 Danish
Danish
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam tindakan bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Eric See-To yang didakwa mempersendakan petikan ayat al-Quran ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2027 pada Jumaat.

Ketua Penerangannya, Danish Hairudin berkata, perbezaan pandangan politik tidak seharusnya menyebabkan seseorang mengetepikan adab dan rasa hormat terhadap kesucian kitab suci umat Islam itu.

Menurutnya, kritikan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri sememangnya boleh dilakukan, namun ia perlu dibuat secara berhemah tanpa menjadikan ayat al-Quran sebagai bahan ejekan.

"Benci Anwar sekalipun, jagalah adab terhadap al-Quran.

"Apabila kebencian politik sampai menghina petikan ayat al-Quran yang dibaca Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2027 semalam, batas sudah dilanggar," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Anwar menarik perhatian rakyat apabila menggunakan beberapa istilah yang jarang didengar termasuk ‘waad’ dan ‘lighad’ ketika membentangkan belanjawan berkenaan.

'Waad’ dan ‘lighad’ ialah istilah bahasa Arab yang masing-masing bermaksud janji serta hari esok

Mengulas lanjut, Danish berkata, perbezaan pendapat mengenai pembentangan belanjawan tersebut seharusnya tertumpu kepada dasar, peruntukan dan angka yang diumumkan kerajaan.

"Kritiklah dasar, bahaskan angka. Jangan kerana mahu menyerang Anwar, kesucian al-Quran pula dijadikan bahan ejekan," bidasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!