SPRM kesan Siti Shuhaida bantu siasatan kes rasuah

SHAH ALAM - Seorang wanita dikesan bagi membantu siasatan kes mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Wanita terbabit, Siti Shuhaida Yaacob, gagal dihubungi meskipun usaha mengesannya telah dilakukan di alamat terakhirnya di No 12, Kampung Huma Kubor Panjang, 06760 Pendang, Kedah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan memaklumkan, wanita berusia 38 tahun itu dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, PPs Mohd Zul Alif Zuber menerusi talian 013-4587028.
Maklumat juga boleh disalurkan melalui e-mel zulalif@sprm.gov.my.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

