Belanjawan 2027: Penghargaan kerajaan buat rakyat, penjawat awam - KSN

Inisiatif lain termasuk galakan dan pengecualian cukai serta peruntukan RM80 bilion bagi subsidi, bantuan dan insentif turut memperlihatkan usaha kerajaan menghargai rakyat dan penjawat awam. Gambar Azri Abu Bakar (kanan).
Inisiatif lain termasuk galakan dan pengecualian cukai serta peruntukan RM80 bilion bagi subsidi, bantuan dan insentif turut memperlihatkan usaha kerajaan menghargai rakyat dan penjawat awam. Gambar Azri Abu Bakar (kanan).
A
A
A

SHAH ALAM - Peningkatan gaji minimum kepada RM2,000 serta Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam dan RM750 kepada pesara mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara menerusi Belanjawan 2027.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, inisiatif lain termasuk galakan dan pengecualian cukai serta peruntukan RM80 bilion bagi subsidi, bantuan dan insentif turut memperlihatkan usaha kerajaan menghargai rakyat dan penjawat awam.

"Saya percaya, segala angka dan nilai peningkatan peruntukan merupakan sebuah keazaman dan tekad Kerajaan Madani untuk meletakkan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, penyediaan peruntukan keseluruhan berjumlah RM459.8 bilion berpandukan kepada lapan lunas utama disifatkan sebuah naskah yang komprehensif mencakupi semua lapisan masyarakat.

"Belanjawan ini juga menzahirkan aspirasi Malaysia Madani yang mengimbangi antara pembangunan negara serta kemampanan ekonomi dan daya tahan fiskal.

"Bagi seluruh anggota perkhidmatan awam, saya yakin kita semua sentiasa bersiap sedia menggalas segala amanah dan tanggungjawab ini sebagai Waad Nasional dan terus menyokong dasar-dasar Kerajaan dengan pelaksanaan yang pantas dan berkesan demi memastikan impak limpahan ekonomi yang luar biasa dapat dirasai secara bersama," katanya lagi.

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!