Belanjawan 2027: Hasil jual plat H, pemandu teksi, bas sekolah terima RM1,000

Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan one-off RM1,000 kepada 38 ribu pemandu teksi termasuk kereta sewa. Foto hiasan
Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan one-off RM1,000 kepada 38 ribu pemandu teksi termasuk kereta sewa. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 53,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di seluruh negara bakal menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,000 secara sekali bayar menerusi Belanjawan 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu melibatkan 38,000 pemandu teksi termasuk kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, peruntukan bagi bantuan berkenaan diperoleh hasil penjualan nombor plat khas H baru-baru ini.

“Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan one-off RM1,000 kepada 38 ribu pemandu teksi termasuk kereta sewa dan 15 ribu pemandu bas sekolah di seluruh negara.

“Bantuan ini akan disalurkan pada minggu hadapan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!