Belanjawan2027: 'Saya melihat sendiri' - Anwar kongsi kisah seorang ibu pandai menjahit

Terdapat rakyat yang mempunyai kemahiran tetapi kekurangan modal untuk membeli peralatan seperti mesin jahit atau ketuhar. Foto hiasan
Terdapat rakyat yang mempunyai kemahiran tetapi kekurangan modal untuk membeli peralatan seperti mesin jahit atau ketuhar. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi kisah seorang ibu di Pulau Pinang yang mahir menjahit tetapi memerlukan bantuan peralatan untuk memanfaatkan kemahirannya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pengalaman melihat sendiri manfaat bantuan itu membuktikan terdapat rakyat yang mempunyai kemahiran tetapi kekurangan modal untuk membeli peralatan seperti mesin jahit atau ketuhar.

Sehubungan itu, kerajaan bersetuju menyediakan Geran Sejahtera MADANI berjumlah RM200 juta bagi membantu 40,000 penerima, terutama wanita, mendapatkan peralatan dan latihan.

“Saya melihat sendiri, bantuan peralatan telah memanfaat seorang ibu yang pandai menjahit di Pulau Pinang.

“Kadangkala, ada rakyat punya kemahiran, tapi tiada modal membeli peralatan seperti mesin jahit atau ketuhar,” katanya ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!