Belanjawan 2027: Semak nombor scammer guna aplikasi AI

KUALA LUMPUR - Rakyat bakal dapat menyemak nombor telefon, akaun bank atau pautan mencurigakan menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, aplikasi itu akan dibangunkan oleh Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) bagi membantu mengesan penipu atau scammer dan penjenayah siber lebih awal.
Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyekat lebih 5.7 bilion panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur penipuan.
“Pusat Respons Penipuan Kebangsaan akan membangunkan aplikasi AI yang membolehkan rakyat menyemak nombor telefon, akaun bank atau pautan mencurigakan sebelum membuat transaksi,” katanya ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

