Pejalan kaki terpelanting selepas dirempuh motosikal

Seorang pejalan kaki cedera parah apabila dirempuh sebuah motosikal ketika melintas jalan di Lebuh Chulia pada Isnin lalu.
Seorang pejalan kaki cedera parah apabila dirempuh sebuah motosikal ketika melintas jalan di Lebuh Chulia pada Isnin lalu.
A
A
A

GEORGE TOWN – Seorang pejalan kaki dilaporkan patah kaki selepas dilanggar sebuah motosikal dalam kemalangan di Lebuh Chulia di sini, pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 malam itu, mangsa lelaki tempatan berusia 32 tahun sedang melintas jalan sebelum dilanggar motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 22 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, penunggang motosikal berkenaan ketika itu dalam perjalanan dari tempat kerja di Lebuh Chulia menuju ke Jalan Patani.

“Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan manakala pejalan kaki mengalami kecederaan parah iaitu patah kaki dan masih menerima rawatan di hospital.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal ketika mengendalikan kenderaannya sehingga melanggar pejalan kaki yang sedang melintas jalan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kedua-dua mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Kedua-dua mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, polis mengesan video berdurasi 46 saat mengenai kejadian itu yang tular menerusi aplikasi WhatsApp pada Khamis.

Katanya, hasil siasatan mendapati kemalangan tersebut sebenarnya berlaku pada 5 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan:

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 46 saat memaparkan seorang pejalan kaki terpelanting selepas dirempuh sebuah motosikal ketika melintas jalan di Lebuh Chulia.

Mangsa kemudiannya dibantu orang ramai sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!