Pelajar Tingkatan 2 dikejarkan ke hospital selepas dipukul 'senior' di asrama sekolah

Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua cedera selepas dipercayai dipukul oleh pelajar senior di sebuah asrama sekolah menengah di sini pada 27 September lalu.
Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua cedera selepas dipercayai dipukul oleh pelajar senior di sebuah asrama sekolah menengah di sini pada 27 September lalu.
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua cedera selepas dipercayai dipukul oleh pelajar senior di sebuah asrama sekolah menengah di sini pada 27 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu berlaku selepas mangsa dipanggil ke sebuah dorm.

"Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu kejadian melibatkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mengalami kecederaan selepas dipukul oleh seorang pelajar lain di asrama terbabit.

"Siasatan awal mendapati, mangsa telah dipanggil ke sebuah dorm oleh seorang pelajar berusia 16 tahun susulan berlaku perselisihan faham antara mangsa dengan suspek," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitenden Muhamad Mustafah Hussin.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitenden Muhamad Mustafah Hussin.

Menurutnya, mangsa dipercayai telah dipukul oleh suspek di dorm tersebut dan telah di hantar ke Hospital Tuanku Najihah di sini akibat mengalami kecederaan.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati, mangsa mengalami kecederaan 'soft tissue injury'.

"Polis telah mengenal pasti suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan serta menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!