[VIDEO] Sultan Selangor terima zakat RM41.72 juta

A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan bagi haul 2025 berjumlah RM41.72 juta daripada lima syarikat korporat kepada Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor).

Sesi penyerahan zakat perniagaan itu disempurnakan wakil pengurusan tertinggi syarikat korporat berkenaan dalam satu upacara khas di Istana Bukit Kayangan di sini pada Rabu.

Lembaga Tabung Haji (TH) mendahului senarai pembayar zakat korporat apabila menyerahkan RM27.01 juta, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai penyumbang zakat korporat terbesar kepada Zakat Selangor bagi tahun ini.

Penyerahan zakat tersebut diwakili Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain.

Rural Capital Sdn Bhd yang diwakili Pengerusinya, Datuk Noor Hariri Mohamed Noor, menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.51 juta. Foto Mohd Halim Abdul Wahid
Rural Capital Sdn Bhd yang diwakili Pengerusinya, Datuk Noor Hariri Mohamed Noor, menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.51 juta. Foto Mohd Halim Abdul Wahid

Syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula menduduki tempat kedua pembayar zakat terbesar dengan menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM5.60 juta.

Zakat berkenaan diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Ts Shamsul Ahmad.

Sementara itu, Kumpulan Kewangan Islam Maybank menyumbang RM4.22 juta menerusi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perbankan Islam merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Berhad, Mohamad Yasin Abdullah.

Artikel Berkaitan:

Pada majlis sama, Bank Rakyat yang diwakili Pengerusinya, Datuk Mohd Irwjjan Mohd Mubarak turut menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3.38 juta.

Rural Capital Sdn Bhd yang diwakili Pengerusinya, Datuk Noor Hariri Mohamed Noor pula menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.51 juta.

Bayaran itu melengkapkan keseluruhan zakat perniagaan berjumlah RM41.72 juta daripada lima syarikat korporat berkenaan.

Turut hadir menyaksikan upacara penyerahan zakat itu ialah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Senator Datuk Setia Salehuddin Saidin.

Hadir sama, Pengerusi Zakat Selangor, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail; Timbalan Pengerusi Zakat Selangor, Tan Sri Ambrin Buang dan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Mohd Khaidzir Shahari.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!