ROHM-Wako sumbang 56,000 topeng muka

Wakil ROHM-Wako menyampaikan sumbangan topeng muka di HRPZ II
Wakil ROHM-Wako menyampaikan sumbangan topeng muka di HRPZ II
A
A
A

KOTA BHARU - Memahami keperluan mendesak melibatkan peralatan keselamatan bagi memerangi wabak koronavirus (Covid-10), ROHM-Wako Electronics (Malaysia) Sdn Bhd menyumbangkan 56,000 keping topeng muka kepada pasukan barisan hadapan di negeri ini.

Syarikat Multinasional dari Jepun itu melalui satu kenyataan memberitahu, topeng muka itu diserahkan kepada Hospital Raja Perempuan Zainab II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa dan beberapa lokasi lain.

Sumbangan tersebut merupakan salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat tersebut selain sebagai penghargaan dan terima kasih kepada petugas barisan hadapan dalam melawan wabak Covid-19.

ROHM-Wako merupakan syarikat yang menghasilkan produk semikonduktor seperti LED dan Diod untuk digunapakai di dalam mesin-mesin serta peralatan yang digunakan pihak hospital serta agensi-agensi kesihatan.

Penyampaian penutup muka kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa.
Penyampaian penutup muka kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa.

Artikel Berkaitan: