Tersedar kena tipu selepas 18 kali 'transfer' hampir RM140,000

Mangsa telah melakukan sebanyak 18 transaksi pindahan wang ke beberapa akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM135,680. Gambar hiasan
Mangsa telah melakukan sebanyak 18 transaksi pindahan wang ke beberapa akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM135,680. Gambar hiasan
A
A
A

JERTIH - Seorang pengusaha bot pelancong berusia 38 tahun kerugian RM135,680 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran pinjaman wang tidak wujud melalui media sosial.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, hasil siasatan mendapati mangsa melihat iklan tawaran pinjaman melalui aplikasi TikTok pada 25 September lepas.

Beliau berkata, mangsa kemudian menghubungi pihak yang menawarkan pinjaman berkenaan melalui aplikasi WhatsApp sebelum diminta membuat beberapa bayaran sebagai syarat mendapatkan pinjaman.

"Mangsa telah melakukan sebanyak 18 transaksi pindahan wang ke beberapa akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM135,680,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Rozaime berkata, mangsa menyedari dirinya ditipu selepas diminta membuat bayaran tambahan, namun pinjaman yang dijanjikan masih tidak diterima.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan serta mengenal pasti pihak yang terlibat.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan tawaran pinjaman wang melalui media sosial, khususnya yang meminta bayaran pendahuluan atau bayaran tambahan sebelum pinjaman diberikan.- Bernama 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!