Ambil iktibar kisah mangsa banjir menang saman

Keadaan banjir di Taman Sri Muda pada Disember 2021 lalu.
Keadaan banjir di Taman Sri Muda pada Disember 2021 lalu.
A
A
A

MEDIA melaporkan seramai 50 penduduk Taman Sri Muda, Shah Alam yang menjadi mangsa banjir besar pada Disember 2021 akhirnya menang saman terhadap Kerajaan Persekutuan dan beberapa pihak berkuasa lain.

Keputusan pada Selasa itu mendapati semua defendan bertanggungjawab sepenuhnya atas kecuaian dan kegagalan yang menyumbang kepada kerugian dialami penduduk.

Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudian menetapkan 6 Oktober untuk pengurusan kes bagi menentukan tarikh penilaian jumlah ganti rugi.

Merak Jalanan melihat keputusan mahkamah dengan konteks yang lebih luas. Tuntutan dibuat bukan semata-mata kerana kerugian yang mereka alami.

Keputusan hakim menolak bencana itu daripada 'acts of god' tidak dapat menidakkan tanggungjawab serta amanah sebenar pihak berwajib.

Merak Jalanan juga berpandangan banjir boleh dielakkan sekiranya penyelenggaraan dan sistem saliran diperkemas. Semua perlu berganding bahu bagi memastikan tragedi ini tidak berulang.

Sebab itu Merak Jalanan lihat langkah pencegahan penting berbanding pembetulan selepas bencana terjadi.

Diharap kes ini diambil iktibar bukan sahaja di Taman Sri Muda, tapi seluruh negara. Hari ini, Merak Jalanan tengok banjir kilat sering melanda kawasan sekitar Lembah Klang.

Kasihan pengguna jalan raya dan penduduk terjejas. Ada kereta sampai tenggelam, jalan raya jadi rosak dan macam-macam lagi. Merak Jalanan harap sangat perancangan dan penambahbaikan terus diperkasa bagi mengelak tragedi banjir ini berulang.

Artikel Berkaitan:

Takkan nak masuk mahkamah baru selesai?

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!