Ribut petir, hujan lebat di 12 negeri

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 12 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hingga jam 9 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Perlis, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Amaran sama turut dikeluarkan di Perak (Kerian, Hulu Perak, Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Perak Tengah) dan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pokok Sena, Kota Setar, Pendang, Yan dan Kuala Muda).
Di Johor, kawasan terlibat ialah Segamat, Batu Pahat, Muar dan Tangkak manakala di Pahang (Cameron Highlands, Jerantut, Kuantan, Maran, Temerloh, Bentong, Bera dan Lipis).
Kawasan yang terjejas di Terengganu ialah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala di Kelantan melibatkan Gua Musang, Kuala Krai serta Jeli.
Sementara itu, kawasan terjejas di Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Membakut, Tambunan, Sipitang, Keningau dan Pensiangan), Pantai Barat (Papar, Ranau, Kota Belud dan Tuaran).
Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Limbang, Miri (Marudi, Beluru dan Telang Usan), Bintulu (Sebauh dan Tatau), Sibu, Sarikei, Kapit (Belaga), Serian (Tebedu), Kuching (Kuching dan Bau). - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
