Amaran ribut petir, hujan lebat di 7 negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 7 malam ini. - Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 7 malam ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan di Perak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Hulu Perak, manakala di Kelantan melibatkan Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Pasir Puteh.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Terengganu (Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang dan Hulu Terengganu), Pahang (Pekan, Rompin dan Jerantut) serta Johor (Kota Tinggi dan Mersing).

Sementara itu, di Sarawak, kawasan dijangka terlibat ialah Kapit, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri, Limbang, Samarahan, Serian, Kuching dan Sri Aman (Lubok Antu).

Di Sabah, amaran meliputi Pantai Barat (Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu, Kota Belud, Penampang dan Papar), Pedalaman (Keningau, Tambunan, Pensiangan, Sook, Tenom, Sipitang, Beaufort dan Membakut), Kudat (Kota Marudu) serta Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!