Pokok tumbang hempap kereta di Kampung Sungai Ramal Dalam

Sebuah Toyota Camry dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, Bangi pada Rabu
Sebuah Toyota Camry dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, Bangi pada Rabu
A
A
A

BANGI – Sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta jenis Toyota Camry dalam kejadian di Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.35 petang.

Menurut beliau, seramai enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira enam kilometer dari balai sejurus menerima panggilan kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ashrul Riezal berkata, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 4.41 petang dan mendapati sebatang pokok telah tumbang lalu menghempap kenderaan terbabit.

“Kerja-kerja mengalihkan pokok yang menghempap kereta tersebut sedang dijalankan.

“Kejadian ini tidak melibatkan sebarang mangsa,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!