Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta

NILAI - Seorang lelaki berusia lingkungan 50 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Jalan Taman Semarak di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Johari Yahya berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada 10.49 pagi oleh orang awam menerusi panggilan 999
"Pemeriksaan awal oleh pasukan Klinik Kesihatan Nilai mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia.
"Pemeriksaan pasukan forensik Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan tidak menemukan kesan pergelutan pada tubuh lelaki itu dan tiada unsur jenayah dikesan setakat ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Johari berkata, beberapa ubat disyaki milik lelaki turut ditemukan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dengan siasatan lanjut masih dijalankan.
Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menerusi talian 06-790 4222 atau balai polis berhampiran.- Bernama
-
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
