HONOR X9e Pro ‘sold out’ dalam 7 hari, kenapa/bagaimana?

A
A
A

No Image Caption

Pra-tempah HONOR X9e Pro habis dijual secara rasmi sebelum telefon pintar berkenaan dilancarkan, sekali gus menunjukkan sambutan awal pengguna terhadap model terbaharu dalam segmen pertengahan itu.

Model berkenaan sebelum ini turut meraih pensijilan sebagai “juara jualan telefon pertengahan Malaysia selama tiga tahun berturut-turut”.

Kejayaan pra-tempah itu dikaitkan dengan sembilan peningkatan utama bertaraf PRO yang ditawarkan menerusi HONOR X9e Pro.

Bateri terbesar dalam industri berkapasiti 11,000mAh

Ketika kebanyakan jenama masih bersaing dengan kapasiti bateri 10,000mAh, HONOR X9e Pro hadir dengan bateri berkapasiti 11,000mAh yang didakwa terbesar dalam industri.

Menurut data rasmi, kapasiti itu membolehkan telefon berkenaan digunakan sehingga 66.8 jam untuk main video dan 164.5 jam bagi mendengar muzik dengan sekali cas.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Ia turut dilengkapi pengecasan berwayar 80W serta pengecasan songsang 27W.

Keupayaan itu membolehkan HONOR X9e Pro bukan sahaja bertahan lebih lama, malah berpotensi menjadi sumber kuasa kepada peranti lain apabila diperlukan.

Tahan lasak, kebal tembakan

Siri HONOR X9 sebelum ini dikenali dengan ciri ketahanannya dan generasi terbaharu itu membawa aspek berkenaan ke tahap lebih tinggi.

Reka bentuk casing diinspirasikan daripada palang perlindungan hentaman (crash beam) pada kereta lumba, selain menggunakan penyelesaian pelekat titik penuh (full-surface adhesive bonding).

Teknologi berkenaan menyokong ujian jatuh ke atas 10 jenis permukaan lantai sebenar serta kesemua lapan sudut badan telefon.

Ia turut berjaya meraih SGS Premium Performance Certification of Drop & Crush Resistance, yang menurut HONOR merupakan julung kali pensijilan berkenaan diberikan kepada sebuah telefon pintar.

Dalam sesi taklimat pra-media, wartawan turut menyaksikan ujian ketahanan skrin apabila peluru getah ditembak terus ke skrin menggunakan pistol udara.

Walaupun dikenakan beberapa tembakan, skrin masih berfungsi seperti biasa.

No Image Caption

Tahan air 10 meter umpama kapal selam kecil

HONOR X9e Pro turut memperoleh tiga pensijilan ketahanan air iaitu IP68, IP69 dan IP69K.

Telefon berkenaan menawarkan rintangan air sehingga kedalaman 10 meter, satu tahap yang didakwa mampu mengatasi banyak telefon flagship yang berharga jauh lebih tinggi.

Struktur ketahanan airnya diinspirasikan daripada reka bentuk kapal selam, merangkumi cengkerang luar tahan tekanan, lapisan ketahanan air berbilang lapis, pengedapan berpetak serta saluran pengaliran air yang tepat.

No Image Caption

Ciri itu memberikan perlindungan tambahan sekiranya telefon terjatuh ke dalam air secara tidak sengaja.

Jaminan dua tahun, pengguna lebih yakin

HONOR turut memperluaskan perlindungan peranti menerusi pakej jaminan yang ditawarkan.

Bermula dengan Perlindungan Pecah Skrin 180 hari yang diperkenalkan menerusi HONOR X9a, perlindungan itu kemudian ditambah baik menerusi HONOR X9b, HONOR X9c dan HONOR X9d.

No Image Caption

Menerusi HONOR X9e Pro, perlindungan berkenaan kini diperluaskan kepada 730-Hari Front & Back Crack Protection dan 730-Hari Liquid Damage Protection.

Ia turut disertakan dengan satu tahun Extended Warranty secara percuma daripada HONOR.

Ini bermakna kerosakan skrin atau kerosakan akibat cecair dalam tempoh dua tahun boleh dihantar untuk pembaikan tanpa sebarang soalan.

Skrin 10,000 nit masih jelas bawah terik matahari

Dari aspek paparan, HONOR X9e Pro menawarkan kecerahan puncak sehingga 10,000 nit, peningkatan 67 peratus berbanding generasi sebelumnya.

Selain direka dengan ciri mesra mata, tahap kecerahan itu membolehkan kandungan pada skrin kekal jelas dilihat walaupun digunakan di bawah cahaya matahari terik.

Ia juga sesuai dengan keadaan cuaca panas di Malaysia tanpa pengguna perlu sentiasa memaksimumkan tahap kecerahan skrin.

No Image Caption

Kamera 108MP untuk kepuasan berfoto

HONOR X9e Pro dilengkapi kamera utama 108MP dengan penderia imej bersaiz 1/1.67 inci, saiz piksel 0.64μm dan aperture f/1.75.

Gabungan itu direka untuk memaksimumkan kemasukan cahaya, terutama ketika mengambil gambar dalam keadaan pencahayaan rendah.

Sistem penstabilannya pula diselaraskan dengan HONOR 600 Pro yang bertaraf flagship dan mencapai tahap CIPA 6.0.

Ia membantu mengurangkan masalah gambar kabur ketika merakam dalam keadaan cahaya malap.

Selain itu, ciri Underwater Colour Tuning bersama ketahanan air sehingga 10 meter membolehkan pengguna merakam gambar dalam air hanya dengan menekan butang kamera.

AI lebih kreatif

No Image Caption

Dari aspek kecerdasan buatan (AI), HONOR X9e Pro dilengkapi AI Enhanced Night, Telephoto dan Portrait yang mengoptimumkan kualiti imej secara automatik.

Hasil gambar juga boleh terus dikongsi tanpa memerlukan proses suntingan tambahan.

Ciri Moving Photo pula hadir dengan Motion Trail, Motion Clone dan Slow Motion.

Lebih menarik, AI Image-to-Video 2.0 yang dibawa turun daripada siri HONOR 600 membolehkan sekeping gambar ditukar menjadi video hanya dengan memberikan satu ayat penerangan.

Teknologi itu kemudian menjana video berdasarkan gambar berkenaan.

Prestasi sehingga 72 bulan

Dari segi prestasi, HONOR X9e Pro menggunakan cip Snapdragon 6 Gen 5 yang dinaik taraf bagi memberikan pengalaman penggunaan harian lebih responsif.

Ia turut menggunakan Hummingbird Architecture 2.0 yang menggabungkan AI Trajectory Compensation, Page-Level Scheduling dan Kernel Lightweight Engine.

Gabungan berkenaan membolehkan kelajuan pelancaran aplikasi sehingga dua kali ganda lebih pantas berbanding peranti setanding.

HONOR turut menjanjikan prestasi lancar itu mampu bertahan sehingga 72 bulan.

Empat generasi juara

No Image Caption

Sambutan terhadap HONOR X9e Pro turut meneruskan rekod siri HONOR X9 dalam segmen pertengahan Malaysia.

Menurut HONOR, siri X9 mengekalkan kedudukan No.1 dalam pasaran pertengahan Malaysia selama empat generasi dan tiga tahun berturut-turut.

Pencapaian itu disahkan oleh Asia Record dan ASEAN Record secara rasmi.

Kejayaan pra-tempah HONOR X9e Pro yang habis dijual sebelum pelancaran sekali lagi menunjukkan penerimaan pasaran terhadap siri berkenaan.

Daripada bateri, ketahanan, ketahanan air, jaminan, kecerahan, kamera, AI dan prestasi hinggalah kepada rekod jualan, sembilan peningkatan yang dibawa HONOR X9e Pro menjadi antara tarikan utama model terbaharu itu.

Bagi HONOR, sambutan pra-tempah tersebut menjadi gambaran awal bahawa pengguna sendiri menentukan pilihan mereka terhadap telefon pintar dalam segmen pertengahan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!