Aksi polis kejar lori hijau di Pasir Gudang tular

PASIR GUDANG – Sebuah lori berwarna hijau dipercayai dicuri dan dipandu secara berbahaya termasuk melawan arus pada pagi Rabu, tular di media sosial.
Beberapa rakaman video dikongsi orang ramai dan tular memaparkan lori terbabit dipandu secara agresif dan dikejar kereta peronda polis (MPV).
Menerusi rakaman berkenaan, lori itu dilihat bergerak di beberapa lokasi sebelum dipandu melawan arus dan memotong kenderaan lain secara berbahaya.
Difahamkan, pemandu lori terbabit berjaya ditahan polis selepas dikejar.
Bagaimanapun, setakat ini polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian terbabit.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

