NGO Islam Sabah bantah penganjuran konsert Israel Houghton

Israel
Israel
A
A
A

 

KOTA KINABALU - Pendirian terbuka artis antarabangsa, Israel Houghton yang menyatakan sokongan terhadap Israel menjadi antara sebab Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bersama badan bukan kerajaan (NGO) Islam Sabah membantah penganjuran konsert Israel & New Breed-Till The Whole World Knows Tour 2026 di negeri ini.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan Unit Komunikasi USIA dan NGO-NGO Islam Sabah, bantahan itu bukan berkaitan soal agama atau bangsa, sebaliknya berhubung pendirian artis berkenaan yang boleh disemak menerusi hantaran media sosialnya sendiri.

"Antaranya, terdapat hantaran yang memaparkan simbol Israel bersama kenyataan 'I pray for the peace of Jerusalem. I stand with Israel'.

"Pendirian terbuka seperti ini sememangnya mempunyai implikasi dari sudut sensitiviti masyarakat, khususnya ketika dunia sedang menyaksikan penderitaan berterusan yang dialami rakyat Palestin," menurut kenyataan itu pada Selasa.

Program berkenaan dijadualkan berlangsung pada jam 8 malam, 22 Oktober depan di sebuah dewan di Kota Kinabalu, dengan penyertaan Israel Houghton.

"Pendirian terbuka seperti ini sememangnya mempunyai implikasi dari sudut sensitiviti masyarakat, khususnya ketika dunia sedang menyaksikan penderitaan berterusan yang dialami rakyat Palestin," menurut kenyataan itu pada Selasa.

Program berkenaan dijadualkan berlangsung pada jam 8 malam, 22 Oktober depan di sebuah dewan di Kota Kinabalu, dengan penyertaan Israel Houghton.

Kenyataan itu menyebut, USIA dan NGO-NGO Islam Sabah menghormati kebebasan beragama serta menolak sebarang bentuk kebencian terhadap mana-mana agama, bangsa atau komuniti.

Artikel Berkaitan:

"Namun begitu, kebebasan tersebut tidak seharusnya ditafsirkan sebagai keperluan untuk menerima atau menormalisasikan setiap pendirian politik atau sokongan terhadap pihak yang sedang menjadi pertikaian serius dalam isu kemanusiaan antarabangsa.

"Kami berpandangan bahawa Sabah mempunyai identiti masyarakat yang menjunjung keamanan, keharmonian, toleransi dan nilai kemanusiaan sejagat," katanya.

Sehubungan itu, USIA dan NGO-NGO Islam Sabah menggesa pihak berkuasa serta agensi berkaitan meneliti semula segala kelulusan, permit dan aspek penganjuran program tersebut, termasuk kedudukan serta kenyataan awam artis terbabit.

"Kami berharap semua pihak berkuasa menggunakan bidang kuasa yang ada bagi memastikan sebarang program yang berlangsung di Sabah tidak menimbulkan ketegangan atau mencetuskan sensitiviti yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

"Kami akan membuat laporan polis sebagai bantahan dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan serta tindakan," menurut kenyataan itu.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!